Sunday, May 18, 2014

Tutorial Gam Kening

Hai girls.. ni ada shortcut tutorial gam kening bergambar.. hihi nak tahu detail teknik, peralatan dan caranya.. jom la masuk kelas makeup lina..

Untuk sembang2 boleh whatsapp lina di 0172579483..

Harap u olls enjoy..!

Friday, May 09, 2014

Akibat Suka Memanjat

Nak dijadikan cerita... tragedi shopping dgn hati yg hepi tetiba betukar jd tragis..!! Nampak tu dahi bertanda dengan seketol benjol..! uhhh... mmg sedih sgt.. apatah lagi adik menahan sakit waktu jatuh tu...


Lepas puas nangis.. tertido kepenatan..
Dalam pada-pada ku rushing nak cari barang sbb GM dah nak tutup dia boleh buat hal.. mengamok .. dalam storller memanjat sbb tak puas hati apa tah yang dia nak.. last² terbalik stroller tu jatuh kebelakang dan dia tertumus astas lantai morzek GM tu.. haaaa benjol koyak kulit..


Wajah suci seblom kejadian menyayat hari di GM Ahad lepas..


Eii geram betol rasenya hati masa tu.. mealalak la satu GM boleh dgr.. last² keje Mummy terbengkalai memujuk dia.. apa pon takde balik..! huhuhu geram tau..

Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia

Thursday, May 08, 2014

Sekitar Majlis Birthday Izzati Dan Faiq












Candy Buffet / Clown Man / Party Bag boleh whatsapp lina di 0172579483

Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia

Hollaaa...!! Sekitar Kejadian Di Muar Di Bulan Februari

Hi gojes.. lama sangat tak update blog kan.. lepas pemergian abah tempoh hari buat rase nak menyepi seketika.. Percaya tak sewaktu kami ada tugas di Muar ni la abah jatuh akibat pressure darah tinggi yang memuncak.. sedangkan waktu ini ku baru check in hotel dengan Farah. Ikut hati nak je bergegas balik ke Kuala Kangsar.. tp apakan daya.. memusnahkan kebahagian org lain bukan itu sifatku.. Kami tetap teruskan kerja.. dan ku dengan hati tak henti doa buat abah agar tidak apa-apa.. Sbb tu la smpi terlupa nak upload gambar² ni masa kami di Muar.



Sementara pn boss check put kita amik angin tepi laut dulu.. :)

Lepas breakfast pagi tu terus ke rumah pengantin. Ku ada job mekap nikah pagi tu. dan kali ni jadual sedikit tersasar.. huhuhu lewat!!! pengantin dah resah.. sbb en wave bawak kami ronda Muar ikut jaln lain.. dr jln kami lalu malam tu sewaktu hantar perkakas untuk candy table pengantin.. hohoho... ketarrrrr tgn buat keje dlm keterpaksaaaaan..!

Mujur pn bos sudi bantu siapkan pengantin.. hahahhaaha


Selesai majlis nikah.. Farah setel setting dan setup barang untuk candy table dan photobooth. Manakala ku menyiapkan pengantin untuk majlis bersanding pulak..

Siapa sangka jumpe berdepan si gadis ini rupanya brutal u.. hahah sekali dah siap mekap ayu betul..!!!!!








Seblom balik layan ragam org kepenatan.. big kiss tuk pengantin sbb sudi hire kami dari selangor ni ke muar..!!

Kami selesai tugas dlm jam 5 lebih.. thanks Farah sbb dikau sgt memahami.. tak singgah mana pon terus pecut balik KL. En hubby dan anak-anak dah menunggu nak balik KK malam tu jgk!..

Muaaaaxxx!!

Untuk tempahan makeup dan candy buffet boleh whatsapp lina di 0172579483..

Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia

Monday, February 24, 2014

Hari Lahir Suami

Simple celebration besday untuk sang suami.. sabtu lepas.. sorry yang.. mood masih swing.. thanks sebab memahami.. Kami makan western kat seksyen 7 shah alam .. Big Plate katenye.. ok la not bad service pon ok.. makan pun sedap.. nnt boleh repeat bebila masa..

Grilled Chicken

Mash Potato.. sedap..!

Lamb Chop Grilled




Doa kami semoga sayang bahagia dan sentiasa sihat.. di limpahi rezeki yang berkat untuk menyara kami.. we love u sayang!

Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia
 

Saturday, February 15, 2014

7 Februari 2014

Salam Jumaat yang Barakah buat semua... Lama sgt tak update blog kan ..

Hati masih di runtun pilu.. bila mana Abah yang amat ku sayang ki telah pergi buat selamanya.. Tak mampu nak ku tulis semua disini.. kerana setiap kali itu la airmata tiba-tiba mengalir sepi..

Abah pergi dalam sekelip mata.. kerana tekanan darah tinggi dan lelah dtg mengejut..

Al fatihah buat abah..
aku pasti abah lebih bahagia di sana.. aku redha.. kerana allah lebih menyanyanginya.
Buat abah kasih sayang ku tak kan pernah padam.. insyallah suatu hari nnt kami pasti menyusul.. moga kami bertemu di syurga yang abadi..

Sayang abah selamanya...! Al Fatihah..

Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia

Saturday, February 01, 2014

Kelas Makeup Di Penang



Salam gojess.. yang nak sertai kelas makeup di penang boleh inbox / whatsapp lina 0172579483 full name dan ic serta no hp korang ye. Seat limited. Yang nak sgt belajar dan tanya kelas makeup ni sila cepat2 buat pendaftaran. Fee RM 300.. ada gift eyeshadow pallet serta sijil. Belajar makeup dari asas dan akan di perkenalkan teknik gam kening serta cara dapatkan mata dengan warna2 eyeshadow yang meletops!.. so jgn tunggu lagi. cepat.. Deposit diperlukan untuk pendaftaran.

Date : 29 March 2014 (Sabtu)
Lokasi : Jalan Perak Pulai Pinang
Fee Deposit : RM50


Untuk fanpage fb boleh klik sini ----> http://facebook.com/wideliabeauty

 Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia
Makeup Services:
Bridal/Wedding, Engagement, Photoshoot, Event/Dinner, Day/Night, Personal - Advance Makeup