Saturday, July 17, 2010

Nak Kulit Cantik.. Jom Baca


ermm.. korang mesti suka kan bab-bab nak cantik nih.. tipu la kalo tak tedetik lam hati korang as women teringin nak pakai lipstik.. tu ada yg tak normal la tu.. hehehe..
Kalo nak mekap tu nmpk cantik dan smooth je.. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Nak dapatkan kulit idaman, teknik penjagaan wajah yang asas korang kene la tau..

1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar

a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

c. Kulit Berminyak
Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.
2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar

a. Persediaan Kulit Wajah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan Wajah
Ingat! yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

c. Periksa Cela-cela Pada Wajah
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelumnya menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain Warna
Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

f. Awas minyak!
Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.

3) Buat Si Kulit Kering

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.

c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.

Sumber : Gua.com.my



Ha.. tu serba sedikit tentang petua tuk kulit muka kelihatan segar selalu.. Tak di nafikan .. kadang² sifat malas dtg melanda kan.. aku pun sama je.. hehehe.. tp walau malas mcm mana pun paling tidak sebelum tdo muke kene pastikan bersih dr sebarang solekan.. mesti cuci muka dgn facial wash/foam seblm tdo.. kalo tidak tu yg jd pori tersumbat la pori membesar la.. whitehead ..blackhead. ... jerawat .. macam²..

Kulit ni pada waktu malam bile kita tdo .. mase tu la dia akan jadi aktif.. kelenjar² dan sel² dlm kulit akan mule berkeja.. jadi kalo korang tdo dgn muke serabut mekap.. tak cuci bersih².. haa akhirnya jadila 'tua seblom usia'..

Sebgai org pompuan .. bile tang jaga muke dan penampilan ni jgn malas.. nak nak pulak kalo dah bersuami.. haihh.. lagi kene ambik berat.. maklumla perempuan cantik dimana-mana skang nih.. laman so..sial kan belambak².. ade plak terpaut hati.. seksi la.. bersih la.. gebu la.. huhuhu bahaya tau..

Ok ok.. kadang-kadang.. tulis or cakap lebih senang dr nak melakukan nya.. aku pun kadang macam tu jgk.. tapi kene la cepat2 sedar seblum terlewat.. ye tak..

Paling tidak bile kuar umah tu pakai la bedak. calit la lipstik tu sket.. baru la ade seri bile tersenyum.. takan lisptik sebatang pun kedekut.. senyum tuk suami kan.. harus la dpt keberkatan yang maha besar..

so .. apa lagi..g la cari ilmu siket tentang penjagaan kesihatan muke korang ye..

jumpe lagi..

4 comments:

[leily.laily] said...

tq sharing artikel itew..
tp tuan tanah ni sudah shantekkk ape.. =)

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

sama-sama..
haha thank u ya.. kita ni biasa ka ummi alya.. :)

Sidratul Muntaha said...

pelembap elok pakai yg mcmana?
jenis kulit kering tahap dewa.
letihlah
klu pakai toner..
mesti abis berdarah2 tepi idung tu
pastu pakai pelembap mcm panas jer muka pas pakai toner tu.
any suggestion?!

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

ermm kak atul.. means produk tu tak sesuai ngan skin akak.. akak kene stop guna. jgn teruskan .. sb nnt kulit abes teruk melecet.

lina guna golden horse cosmetik je. ade set asas, clenser, moisturiser dan cream. so far dah 8 tahun jgk lina guna dan alhamdulilah kulit tak de pedih or melecet. lgpun mmg tak mengelupas. kalo parut jerawat time peyed pun cepat jer hilang. jeragat pun tak naik.. nak tau lebih detail pm lina ye..

Makeup Services:
Bridal/Wedding, Engagement, Photoshoot, Event/Dinner, Day/Night, Personal - Advance Makeup