Wednesday, August 11, 2010

Laman Budaya Putrajaya


Salam 1 ramadhan.. hari ni pes day pose kan.. so ade yg monteng?? heheheh... nnt pepandai le korang ganti eh..

Ekceli baru teringat ku blom up lg gambo mase g laman budaya bulan lepas.. Ala yg pesta flora kat putrajaya tu.. Memula tak nak pegi jgk.. Alih-alih pakcik ajak follow.. maka smpi le kitaorg kat sini..



Nak posing pun kene amek turn .. punya la ramai nye manusia.. jalan pun tekemut-kemut.. sesak sungguh... HK plak bad mood.. sbb time tdo tak dpt.. mengamuk tak nak posing.. jenuh kena paksa.. buat tak reti je..



Tu tgk tu muka org tak rela.. suh pandang kamera pun tak sior .. adeh letih..
Cuaca nya memula tu elok je panasnya.. lepas tu mendung plak.. Elok nak masuk kat tmpt makan tu ujan rintik-rintik dah.. kene le melajukan perjalanan tgh sesak-sesak tu nak g ke parking.. tu yg tak abes pusing tu.. separuh je..



Lama tau nak pujuk ini budak suh peluk daku tuk bergambo.. tu pun tak nak gak pandang kamera.. Daddy dah jenuh panggil-panggil nama.. dia buat tak reti jer..



Mummy pun nak posing jgk.. heheh segan plak bile dah ramai tol umat manusia nya.. nak pose pun cari ceruk-ceruk.. hihihihihi..


3rd Annivesary kita around d corner la sayang..

Thanks to Mr Daddy.. sbb bawak kitaorg g jenjalan.. maklumla bile dah jd suri umah ni.. ujung minggu je boleh keluar.. tu pun macam nak meroyan je rase kalo kene teperuk kat umah... Isnin smpi Jumaat pun kalo dpt bawak ronde-ronde taman kat umah pun dah kira ok sgt dah!.. hahaha jd la terapi tuk release stress sementara tunggu ujung minggu...

Thursday, July 29, 2010

Menangani Anak

Waa series nya tajuk.. huhuhu.. ku agak tertekan sedikit.. saat ini HK dah tdo pun.. lepas mengamuk sakan tak nak tdo.. siap muntah bagai.. kene lepuk 2 3 liang.. br dia lena..
Lepas dia tdo.. melihat kan wajah comel ni.. tiba-tiba hati jd sayu.. alahai.. Mummy dah janji tak nak babap HK lagi.. tp tadi.. terlajak jgk..


:Bakul sayur opah ni mmg dah jd barang mainan dia sejak 2 3 menjak nih:

Lepas 3 bulan menjaga HK sepenuh masa.. byk masa diluangkan bersama.. baru la ku tahu... saat ni dugaan membesarkan dia amat² getir.. Mana taknya.. ada je kerenah yg dia buat.. Macam² hal.. Penat jangan cakap la.. mmg sgt² penat..

Ok.. kalo dulu weekday kita just jaga anak time malam.. masa tu mmg dia tak byk hal.. sbb belah siang tah apa yg dia explore.. blk rumah dpt katil sndr terus tdo.. tak dinafikan.. HK dulu jam 9 malam je terus mintak nak tdo.. Tapi sekarang jam 12tgh malam .. masih aktif bermain! Sbb belah siang dia boleh tdo bile2 mase.. kadang2 kalo mengatuk sgt dlm longgokan mainan dia je dah lelap..



Ni yang ku pening.. bile ku marah dia pandai pujuk.. peluk.. cium.. cubit pipi.. picit idung.. smpi ku gelak.. agaknya dia tau Mummy tak akan marah dia teruk² so boleh je buat apa yg dia rase seronok.. Cuma satu hal ni.. sejak ade je ku kat umah.. pantang ku lesap kejap sure melalak.. satu blok tu boleh dgr suare kesedihan dia di tinggal ibu.. adoi.. kadang² nak memerut pun takat lepas apa yg wajib je.. terkocoh² nak jembulkan muke depan dia.. baru dia puas hati dan senyap..


Rutin harian
. Ni la anak-anak ku belah siang.. si kakak tu kerenahnya betol² meruntun jiwa.. kita ajar dia.. dia balik ajar kita.. alahai..
. Yang belah kanan tu si adik. Ni pun bleh tahan gak nakalnya.. terikut2 perangai kakak.. kalo nak apa² .. main rentap je.. takde nak bg² salam ke hapa.. jd mangsa tangisan HK la.. Tapi kalo tiba time dia nak membuli belekuk² kepala adik tu di ketuk.. Bile dah melalak.. mula la ku jadi tarzan.. ! ha... macam ni.. mmg kene masker muke hari².. naik kedut sana sini.. hahahha... Tapi kalo weekend tak jumpe.. mule la rindu.. nak pulak si adik tu.. manja betol..



HK dah pun 1thn 9bulan.. tapi dia sgt berat mulut.. dan ku rase kawan² sebaya dia dah becok bercakap itu ini.. Si Adik pun byk word dah keluar.. HK plak lebih senang main tunjuk² kalo nak ape².. macam² cara ku ajak dia berbual.. tp dia ajuk pun ikut mood je.. kalo dia boring dia layan tv lg baik.. haiiilaa.. Dalam usia begini HK dah faham semua arahan. Cuma kadang² dia ikut.. kadang² dia buat dek je.. Senang sikit la nak mintak tolong apa².. rase macam dah besar betul anak Mummy kan.. Bile dah terasa dia macam dah besar.. agak terlupe siket bile tahap Tarzan ku bertukar jg Incridible Hulk. ha.. mase ni tensen tak leh kontrol.. bile 3 org budak kecik tu bergusti sesama sendiri... huaarrgghhh!!!


Macam mana Mummy nak keep janji Mummy tak nak babap korang??!

Saturday, July 17, 2010

Nak Kulit Cantik.. Jom Baca


ermm.. korang mesti suka kan bab-bab nak cantik nih.. tipu la kalo tak tedetik lam hati korang as women teringin nak pakai lipstik.. tu ada yg tak normal la tu.. hehehe..
Kalo nak mekap tu nmpk cantik dan smooth je.. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Nak dapatkan kulit idaman, teknik penjagaan wajah yang asas korang kene la tau..

1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar

a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

c. Kulit Berminyak
Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.
2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar

a. Persediaan Kulit Wajah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan Wajah
Ingat! yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

c. Periksa Cela-cela Pada Wajah
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelumnya menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain Warna
Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

f. Awas minyak!
Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.

3) Buat Si Kulit Kering

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.

c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.

Sumber : Gua.com.my



Ha.. tu serba sedikit tentang petua tuk kulit muka kelihatan segar selalu.. Tak di nafikan .. kadang² sifat malas dtg melanda kan.. aku pun sama je.. hehehe.. tp walau malas mcm mana pun paling tidak sebelum tdo muke kene pastikan bersih dr sebarang solekan.. mesti cuci muka dgn facial wash/foam seblm tdo.. kalo tidak tu yg jd pori tersumbat la pori membesar la.. whitehead ..blackhead. ... jerawat .. macam²..

Kulit ni pada waktu malam bile kita tdo .. mase tu la dia akan jadi aktif.. kelenjar² dan sel² dlm kulit akan mule berkeja.. jadi kalo korang tdo dgn muke serabut mekap.. tak cuci bersih².. haa akhirnya jadila 'tua seblom usia'..

Sebgai org pompuan .. bile tang jaga muke dan penampilan ni jgn malas.. nak nak pulak kalo dah bersuami.. haihh.. lagi kene ambik berat.. maklumla perempuan cantik dimana-mana skang nih.. laman so..sial kan belambak².. ade plak terpaut hati.. seksi la.. bersih la.. gebu la.. huhuhu bahaya tau..

Ok ok.. kadang-kadang.. tulis or cakap lebih senang dr nak melakukan nya.. aku pun kadang macam tu jgk.. tapi kene la cepat2 sedar seblum terlewat.. ye tak..

Paling tidak bile kuar umah tu pakai la bedak. calit la lipstik tu sket.. baru la ade seri bile tersenyum.. takan lisptik sebatang pun kedekut.. senyum tuk suami kan.. harus la dpt keberkatan yang maha besar..

so .. apa lagi..g la cari ilmu siket tentang penjagaan kesihatan muke korang ye..

jumpe lagi..

Wednesday, June 30, 2010

Update Entry I-City

Hahahaa.. cerita dimulakan dgn gelak.. punya la lama cerita tertunggak baru sempat nak story.. org lain dah beround2 g sini .. ku pulak baru nak story mory..

Pestime pegi sonok jgk.. kreatip betul la dorang hias lampu2 ni.. huhuhuhu agak2 sebulan bape riban la bayor bill letrik eh.. ngeh ngeh ngeh..


Memula sampai.. posing lam umah salji lelampu.. sejukkkk oooo.... sejuk econ.. HK ketakutan nengok replika beruang salji tu.. langsung tak mo turun.. bergambo pun kene peluk.. ni sume Daddy punya pasal ade ke terus2 di sua kat beruang tu.. mau tekujat.. hehehehehe


Dengan my kazen.. sambil memegang bebola api.. heheheheh


Kat pasar gelap.. bukan nak membeli.. pinjam tuk bergambo je.. sib baik brade ni sporting .. hehehehe


HK seronok sgt dpt lepas.. macam2 bende dia nak explore..

Lepas makan char kuey teow.. kitaorg pun berangkat la pulang..


Peace... nnt kami dtg lagi.. kat bawah lom ronda lagi.. ni baru part 1.. heheheh

Tuesday, June 15, 2010

Kawin Lagi

.. Jangan terkujat plak tajuk tu.. bukan ku yang kawin. Menghadiri perkahwinan sebenarnya.. hehehehe.. maklum la coti sekolah kan.. harus la memenuhi undangan kalo tak mekap kan pengantin undangan makan nasi minyak pengantin.. ok la kan..


Kami yang serba pink. Termasuk la ngan selipar tu. hahahaha.. pakej ok..

Ekceli tema pengantin pink kaler ni pilihan ibu saudara Mr Daddy. Serba serbi dah cung dah kaler pink.. alih² pengantin lelaki yg teramat penyegan nak pakai pink telah menukar baju persandingan ke kaler silver.. hahahaha.. tercetus la kaler² pelangi sudahnya..


Posing ngan pengantin sebelum bersanding..


HK yang sgt teruja tgk kakak² sepupunya melaram as flower girls. macam teringin je kekdahnya.. hehehehe.. HK kene tunggu taun depan.. sbb skang masih lom pandai bersopan santun.. hehehehe...nnt Mummy belikan gaun kembang² macam kakak² tu ye..


Masih tak nak lepaskan peluang nak mengendeng.. di belek²nya kakak jaja nya tu.. comel kot.. kan sayang!

ok la sambung lagi nnt.. nite ollsss..!

Monday, June 14, 2010

Sangat Gomak

Ha.. kan ku dah kata.. ku mmg tak sesuai guna simply 5 ni. Sangat la gomak jadinya.. dah macam udang celup tepung.. opss.. sgt putih ok.. tak natural langsung. Ok stop using! nasib baik dpt free.. hurm kembali la ke pangkal jalan wahai daku.. guna golden horse cosmetic je.. tu yang paling tak mengecewakan.. hehehehe..



Tapi ku paling suka blusher tu.. alaaa Elianto je.. lawakan..? sapa kata barang murah ni teruk!. asal cantik pada aku kira ok la.. kalo korang tak suka.. itu duit korang.. tp tak salah kalo sesekali kita mentry ye tak?? jap ku google web elianto apa ke namanya.. blusher ni.. alahai tak jumpe plak...

Ekceli beli dah lama .. tp tak penah digunakan.. alih² ari tu anak dare ni rajin betul memunggah.. tu yg teringat.. nak pulak malam tu ade majlis nikah kazen Mr Daddy.. melaram la terus.. hurmm masih elok lagi..