Wednesday, August 25, 2010

Tomato And Me!

Sebut je pasal tomato.. aku dah terliur.. haa nape? Ni nak cite ni.. Tomato ni ada 1001 kebaikan oo..



Aku mula minat makan tomato sejak umur aku 7 tahun. Mase tu stail makan tomato ku cicah garam.. sbbnya ku tak suke isi dalam tomato tu.. nak buang sayang plak.. sbb dr pengamatan dan pembacaan aku isi tu la yg berkhasiat pun.. memandangkan dia lembik dan berair macam tu maka nak telan nya amat payah siket.. so cara terbaik taruk le garam bagi masin² siket...


Terliur tak? Uhh sedapnya...

Bile menginjak dewasa.. ku dah makin boleh terima kesan perasaan makan buah tomato.. berserta isi nya sekali.. tu pun lepas termakan tomato ceri dalam salad sayur-sayuran kat KFC.. lepas rase sekali .. uhh sedap!. macam makan ceri time kecik² dulu.. alaaa pokok ceri yang berlambak tanam tepi² umah masa duk rumah panjang dulu..skang ni payah kot nak jumpe..

Sejak dari itu rutin makan tomato terus jadi hobi.. suka pulak dgn rasanya.. sedap la.. tak tau pesal.. Namun .. disebalik itu.. nak tau rahsia tak..



Tomato ni, boleh buat kulit jadi licin.. mmg ku perasan sgt.. bile seminggu tu street ku makan tomato sehari sebiji.. kulit muka time tu rase licin oo.. dan macam ada seri siket.. walaupun tak de bedak kat muka.. sungguh!.. tak tipu.. jerawat yg nak kuar pun jadi segan.. ye laa.. kulit dah licin maka dia dok la diam² tak yah kuar.. Segala white head n black head pun takde.. mmg licin.. kat idung, pipi dan dagu.. haa tu kan mmg port bakteria suke lepak..

Alhamdulillah.. bile piyed pun jerawat nasi je yang tumbuh.. tp lepas 2 ari takde dah kesannya.. dan smpi skang ku masih makan tomato.. dan smpi skang jgk.. masih lom ade kesan jerawat yg degil duk atas kulit muke ni..

Dan yang paling syok.. HK pun pantang tgk ku menguyah tomato ceri, dia pun nak join sama.. hehehe.. like mother like doter la kan.. ngeee.. (sapa yg kenal HK, mesti org tu tau HK seorang vegiterian.. huhuhuhu)

Nak check content dan khasiat dalam tomato?? meh sini ku senaraikn.. hasil dari googlelan ku..

1. Warna merah itu ialah disebabkan likopena, ia adalah sebatian semulajadi yang dapat membantu kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.

2. Antioksidan, nama lain Anti-ageing

3. Mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol
jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.

4. Tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi .

Kesan tomato pada kulit:
  • Anti-penuaan, kulit menjadi lebih muda
  • Kekedutan pada kulit dikurangkan
  • Membuangkan sel-sel kulit yang mati, digantikan dengan sel-sel yang baru
  • (ni la wajah baru nmpk cerah berseri)
  • Melindungi kulit anda dari sinaran UV, dan menjadikan nya lebih lembut
Lagi? .. google la sndr.. byk sgt kalo nak senaraikan.. hehehe..

2 comments:

CatlinaFly said...

tak pernah bg direct kat E-ein tomato ni..

buat sup makan dgn nasi adelah..anak u HK ada allergy susu lembu juga?skrg minum susu ape?

ha ah memang kena pantang..mostly menu anak sy, sy buat vegetarian (sayur goreng, sup sayur)..

kalau kat umah nenek2 dia, nenek dia suka buat sup letak ayam sikit je..yg kes semalam tu pengasuh kasi seketui ayam!

Cik Andam Hazlina said...

HK takde pantang susu lembu.. cuma xleh seafood langsung.. kalo termakan tu yg naik bengkak bawah mata.. lepas tu naik ruam kat muka..

nasib la HK mmg suke makan sayur.. kalo tak tau nak bagi makan apa... makan mmg susah siket nak bagi HK ni.. tak nak makan nasi.. kalo takde carrot. huhuhuh

Makeup Services:
Bridal/Wedding, Engagement, Photoshoot, Event/Dinner, Day/Night, Personal - Advance Makeup